~400x1~

Tak tahu bagaimana mahu memulakan post ini. Saya terfikir 2 perkara saat ini, yang kedua-duanya sangat berkaitan. Lalu, saya memutuskan: saya simpan yang buruk dan ceritakan hikmahnya. Itu lebih bererti dan bermakna... hihi. Emosi saya tidak 100% seimbang semalam. Geram saya menggunung, seakan-akan mahu tercetusnya letupan. Memuntahkan lahar panas. Wah, overnya ayat saya...hihi.

Jujurnya saya tidak tahu. Mengapa yang baru ini sama dengan yang lama? Saya terfikir. Saya merenung... Akhirnya saya putuskan.


"Ini adalah ujian. Allah ingin menduga saya kerana Dia menyayangi saya. Dia mahu saya kenal akan diversiti ciptaan-Nya. Ini adalah tarbiahnya."


Saya tersenyum... berpuas hati dengan jawapan tersebut. Namun syaitan masih cuba menyuntik hasutannya kepada saya. Tak peduli...saya tetap tersenyum. Seorang diri. Apa pandangan anda? Saya tidak waras?


Saya teringat kata-kata seseorang yang boleh saya panggilnya adik. Saya agak rapat dengannya semenjak menjejak kaki ke universiti. Saya mengadu pada mulanya. Mengadu kepenatan membuat kerja rumah seorang diri tanpa bantuan sedangkan di sisi ada orang yang boleh membantu. Sayalah yang memasak, sayalah yang menyapu sampah, sayalah yang menyiang ikan. Pendek kata semua saya buat.Bersungguh-sungguh saya mengadu. Saya penat. Teramat-amat penat.


Namun, hanya jawapan pendek yang dia berikan:


" Buatlah kerja tu dengan senyuman dan keikhlasan."


Saya tertawa. Saya katakan sebegitu banyak aduan saya, dia hanya menjawab dengan 7 perkataan. Dia membalas dengan ketawa juga. Hehehe: itu saja yang dia tahu.


Saya seperti disuntik semangat baru. Saya buat semua kerja dengan senyuman. Lipat baju saya senyum, ambil surat di peti surat pun saya senyum, angkat kain digigit kerengga pun saya senyum. Semua gara-gara kata- kata 'adik' saya yang seorang ni. Kepenatan yang saya rasakan sebelum ini entah melayang ke mana.


Sungguh, bila saya teringatkan perkara itu... cairlah kegeraman saya. Saya terus tersenyum dan hari ini apabila saya berjumpa lagi dengan 'ujian ALLAH ' itu dan melihat kerenahnya saya hanya perlu menggerakkan sedikit mulut saya agar membentuk lekukan senyuman. Saya niatkan senyum saya itu sebagai ibadah, sebagai penyucian hati dan sebagai husnulzhon. Kalau anda kata saya tak waras terpulanglah pada anda. Niat saya hanya seperti di atas

~ibadah-penyucian hati-husnulzhon~





Kenapa ya kalau kita tersenyum hati akan gembira?



Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.



Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


Anda juga perlu sedar bahawa bayi lebih banyak tersenyum dari orang dewasa. Bayi senyum 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Wah, kita orang dewasa kedekut senyuman ye.

Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.




Kawan saya pernah bergurau. Mengatakan saya bayi- tak ada gigi. Ooh, saya ingin menjadi bayi bermula saat ini. Tapi bukan dari segi fizikal dan bersikap seperti bayi... tapi saya ingin mencuba untuk senyum 400 kali sehari. Sesiapa yang menerima senyuman saya (termasuk almari, cermin, semut, skrin laptop dan kawan-kawan) itu termasuk target 400 kali senyum saya...hihi.


Mudah mendapat pahala bila diniatkan untuk ibadah

Mudah beroleh ketenangan jiwa bila tiada berburuk sangka


Senyumlah... Ada sesiapa yang mahu sertai kempen 400x1 hari saya? Tiada yuran penyertaan, yang perlu hanya SENYUMAN IKHLAS ANDA.


2 comments:

salam senyuman yang ikhlas dari sahabatmu yang jauh di mata tp dekat di hati(iaitu usus).hihihi....
izinkan saya menyayi lagu kegemaran..

senyum seindah suria yang membawa cahya,
senyumlah dari hati duniamu berseri,
senyum umpama titian dalam kehidupan,
kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum.
SENYUM..kepada semua...
senyumanmu amatlah berharga,
senyum membahagiakan,
dengan senyuman terjalinlah ukhuwah.

SELAMAT HARI SENYUM SEDUNIA!
SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA, DAN LIHATLAH BETAPA RAMAI ANDA DAPAT MENJALINKAN IKATAN DAN KASIH SAYANG SESAMA MEREKA!HIHIHIHIHI
:)

 

Salam senyuman kembali..
Wah...bila terbitanmukmin dah menyanyi kalahlah malaysian idol
hihihi..

Sungguh, senyuman itu berharga.
Rasullullah sentiasa tersenyum. Qudwah hasanah...mari sama2 kita contohi.

Senyumlah+hati yang ikhlas = 400x1

 

Post a Comment