Showing posts with label ~Tazkiyatun nafs. Show all posts
Showing posts with label ~Tazkiyatun nafs. Show all posts

~Usaha tanpa ada rasa CUKUP~



Salam pertemuan kembali...


Hampir satu bulan blog ini tidak diupdate. Menyiapkan projek penyelidikan merupakan priority saya saat ini. Blog hanya dijenguk dan dibalas komen, tanpa ada sebarang post baru. Walaupun dalam fikiran, ada banyak yang ingin dikongsi... ada banyak yang ingin diberi. Alhamdulillah hari ini ada kesempatan. Mengambil sedikit ruang kerehatan sebelum esok saya bakal berdepan satu gerak- gempur. Gerak- gempur apakah? Hihi... adalah=)

~Ini dia... fasa kesulitan 1 telah ditempuhi~




Seseorang menegur;

"Akak bila nak update blog?"

Jawapannya hari ini... hihi.


* Belajar dari kehidupan




Hidup kita penuh dengan melankolik. Sahabat saya kata, itu dia hitam putih kehidupan. Hitam putih sahajakah? Saya kata warna warni ada juga. Hitam putih nampak macam terlalu membosankan. Hanya ada dua. Mungkin yang dia maksudkan gembira dan kesedihan. Saya rasa tidak. Hidup penuh dengan warna- warna.

Kita mungkin suka warna hijau... tidak suka warna yang terang-terang, yang menyakitkan mata. Ada orang lain suka warna seperti itu... tidak suka warna yang kita suka tadi. Begitulah hidup. Maka setiap warna- warna itu kita kena telusuri... sama ada kita suka atau tidak. Kalau pelangi itu perlu lengkap dengan 7 warna, begitulah hidup kita. Untuk lengkap satu pusingan kehidupan maka perlu hadapi semua warna- warna itu.



Warna yang kita suka kita tidak akan banyak komen. Hidup dipenuhi kehendak dan cita-cita sangat menyenangkan. Allah beri segalanya bahkan pada benda yang kita tidak duga. Allah beri sesuatu yang kita tidak pernah usaha. oH~ syukurlah.



Kadang-kadang kita rasa... sudah banyak berusaha maka memang selayaknya kita dapat kurnia. Kurnia bentuknya kejayaan. Kalau dapat keputusan cemerlang, kita kata:



"Inilah hasil penat- lelah saya. Saya belajar siang dan malam, buat latih tubi maka selayaknya saya berjaya."



" Program berjaya. Hebatnya aku."



Inilah dia satu falsafah yang salah. Tiada kejayaan selain daripada pemberian Allah semata. Namun, kita tidak boleh menafikan usaha kita, penat- lelah dan ikhtiar untuk kita berjaya. Usaha... ia dinamik. Pegangan ahlul sunnah wa jamaah, bukan tersasar dari falsafah jabarriyyah dan qadarriyyah.



*Dan ketahuilah, dalam usaha yang banyak itu tidak dinamakan cukup.




Mengapa? Dalam usaha yang banyak, belum tentu ada kecukupan?



Kita boleh rasa cukup dengan harta yang kita ada tapi kita tidak boleh rasa cukup dengan usaha dan ilmu yang kita ada. Bahaya. Sangat berbahaya jika kita rasa cukup dengan 2 aspek ini. Saya juga terfikir, berjaga menyiapkan projek sehingga tidur tidak cukup, habiskan masa di perpustakaan membuat kajian, pergi ke kelas... cukupkah itu sebagai satu ukuran kejayaan?


Sebagai manusia, kita tidak boleh rasa sudah sempurna dengan usaha yang kita laksana, tidak boleh rasa kita sudah berjaya. Kerana yang menyempurna itu adalah Allah s.w.t. Maka dengan itu kita perlu sentiasa dahaga untuk mengharap pertolongan Dia Yang Maha Mencipta. Maknanya USAHA MESTI BERIRING DOA!


Cuba fikirkan... jika apa yang kita usaha, natijahnya tidak seperti yang kita jangka, apa yang dirasa. Sudah buat latih- tubi, sudah belajar ikut jadual dan sebagai macam usaha tapi tidak berjaya. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui. Kita hanya perlu mengkoreksi diri.



Saya pernah terbaca dalam satu buku. Katanya;


"Lagi banyak yang kita belajar, lagi banyak yang kita tidak tahu."


Suka saya kata yang saya berstuju dengan kata-kata ini. Itulah maknanya kita tidak boleh rasa cukup dengan ilmu yang kita ada. Sudah tahu dari 1 aspek, maka belajar pula dari aspek yang lain. Jangan kita tutup pintu- pintu itu sehingga tiada ruang langsung untuk ilmu- ilmu menembus masuk. Kotak yang sempit dan kecil... bolehkah mengisinya dengan barang yang banyak? Tidak. Maka keluarlah dari kotak tersebut.



*Sudah usaha, tapi orang menghina.




Allhuakhbar. Saya mahu motivasikan adik- adik saya. Dalam hal ini, bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama- sama dengan hambanya yang bersabar. Dahulu, saya pernah membuat post tentang tafsir surah Nuh. Jadi hari ini saya mahu ulang semula. Nabi Nuh yang dakwahnya selama 950 tahun, tidak berhenti- henti menerima hinaan sepanjang kerja dakwahnya.


~Usah lelah dalam usaha~


Bayangkan bila baginda berdakwah, kaum- kaumnya menutup telinga dengan tangan- tangan mereka dan memalingkan wajah. Malah, anak- anak dan isteri baginda turut mengejek. Bila Allah perintahkan membuat bahtera lagilah dasyat hinaan dan ejekan mereka. Namun selama 950 tahun perjalanan dakwahnya bertahan sehingga Allah mentaqdirkan banjir besar berlaku.


Nabi Muhammad pula dibaling batu, dikatakan gila namun masih sempat mendoakan orang- orang yang menghina baginda itu.


Maka adik- adikku sayang... cukuplah Allah sebagai sebaik- baik penolong.



*Jangan ada rasa cukup




Minggu lepas dalam kuliah hadis saya perasan yang ustaz yang mengajar ulang semula hadis yang beliau telah ajar dahulu. Balik ke bilik, saya selongkar semula khazanah- khazanah kuliah saya. Memang saya jumpa nota tentang hadis yang diulang itu... namun tahukah isi yang disampaikan tidak sama. Begitulah, ilmu ini terlalu banyak untuk kita rasa cukup dan sombong diri.



Dahagalah dalam mencari ilmu. Jangan rasa sudah cukup pandai sudah cukup bijak. Tingkatkan usaha tanpa mengenepikan hak- hak yang sepatutnya. Maknanya, kalau mengantuk kita perlu tidur, kalau penat perlu ada masa rehat. Dalam satu hari ada masa kita dengan Allah, berdoa... di samping usaha- usaha kita yang sewajarnya kita buat.


Apa yang penting setiap usaha itu mestilah untuk mengharap Allah redha... bukan untuk mendapat nama dan dipandang mulia.

~@Isya_Yusra

~Kalau ingin bercinta...~

~Musim cinta?~


Bulan ini merupakan bulan penuh dengan bunga-bunga cinta... benarkah? Orang meraikan cinta pada tanggal 14 Febuari walaupun tahu sejarah di sebalik peristiwa tersebut. Walaupun terdapat beberapa versi yang kita dengar... secara kesimpulannya menyambut Valentine bukanlah budaya orang Islam. Bukan budaya orang beriman. Saya tidak mahu mengulas mengenai versi-versi tersebut tapi saya ingin mengajak anda mengenal CINTA. Maka untuk tulisan kali ini, saya ingin mengubah sedikit gaya penulisannya. Kerana apa? Supaya anda jelas akan point-point yang ingin saya kongsikan.




Dalam soal CINTA, sentiasalah ingat kepada pesan Rasullullah s.a.w;


"Seseorang itu akan dihimpunkan di Mahsyar bersama-sama dengan orang yang dicintainya."


(Bukhari dan Muslim)



"Ada 3 hal yang barang siapa amalkan, maka dia dapat menemukan manisnya iman. Mereka adalah yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi yang lain, mencintai yang lain kerana Allah dan tidak suka kembali kepada kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana dia takut untuk dilemparkan ke neraka."

(Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)





Menyelami lautan cinta bukannya mudah tetapi ia perlu untuk bermuhasabah. Kita menyelam untuk melihat keindahan cinta yang tersembunyi dari penglihatan kita untuk memahami hakikatnya yang sebenar. Kita sering kali salah mentafsir cinta... menjadikan CINTA yang asalnya suci, putih, bersih dan bersinar berubah jijik, busuk dan memualkan.



*Apakah cinta suci?



Suci dasarnya didefinisikan sebagai clean, untained (from the religious perspective) atau bebas (dari kejahatan), bersih (dari segi agama); pure, innocent, holy atau kudus, nirmala, divine, sacred atau murni dan clear (jernih)



CINTA itu pelbagai jenis dan tingkat. Yang paling tinggi dan mulia semestinya mahabbatu fillah wa lillah ( cinta kerana Allah dan di dalam agama Allah) iaitu cinta yang membenarkan mencintai apa-apa yang mencintai Allah. Seterusnya CINTA yang terjalin kerana persamaan sikap, falsafah, pegangan hidup, agama dan sebagainya. Jenis yang ketiga adalah cinta yang bermotif: mencintai atas sebab dan maksud yang tertentu.



Jadi adakah CINTA yang ingin kita bina benar-benar CINTA SUCI?



Saya pernah menulis, jika benar CINTA, maka kita tidak akan membawa pasangan kita ke neraka. Kita ingin bahagia bukan sahaja di dunia tapi berkekalan hingga ke akhirat. Hingga ke gerbang syurga. Lalu apakah CINTA itu benar-benar suci andai bayi-bayi dibuang di tong-tong sampah? Dibakar, ditanam dan ditinggalkan di merata-rata. Sudah jelas-jelas perbuatan yang Allah murka membawa dosa, menghumban ke neraka. Maka sucikah CINTA itu? Kita silap menyemai CINTA. Lalu jadilah ia busuk ,memualkan dan mengorbankan jiwa-jiwa yang tidak berdosa.




*Kita dimotivasikan dengan CINTA bertaraf PALSU.



Setiap hari berlalu tidak akan sunyi dengan cinta. Buka sahaja televisyen, semuanya cerita cinta. Hatta iklan Ribena juga diselit cinta dengan lemon. Buka majalah... cerita artis bercinta, peluk sana sini. Pergi kedai buku, bersusun-susun novel-novel cinta. Dengar radio semua lagu-lagu cinta, tangkap jiwang dan layan perasaan.




Persoalannya adakah CINTA yang kita 'makan' setiap hari itu CINTA YANG MENGIKUT SYARA'? Saya berani kata 'TIDAK'... Kalau benar ikut landasan syara' kita takkan lihat pasangan kekasih pegang-pegang tangan tanpa sebarang ijab dan kabul. Kita tak lihat penzinaan, kita tak lihat orang sanggup lari dari rumah hanya kerana cintanya tak direstui ibu bapa. Lebih malang, kita dikaburi dengan tajuk-tajuk cerita yang kononnya Islamik. Tasbih Cinta... Abadi Sebuah Cinta tapi nilai islam tidak langsung ada. (kecuali Ketika Cinta Bertasbih=D)



Kalau ada cerekarama, novel, samarinda tentang kehidupan suami isteri, kita tak pernah disajikan dengan cinta yang membahagiakan, mawaddah dan rahmah sebaliknya cerita 'baling pinggan', 'isteri tinggi suara, pantang ditegur', dan dedah aurat yang banyak.





Yang kita lihat, kita dengar setiap hari itu secara tidak langsung meresap dalam pemikiran. Mewujudkan satu pandangan alam (worldview) dan mendorong kepada pengamalan. Bila jadi budaya, orang tidak kisah lagi... tak pandang bahawa ia akan jadi barah dalam masyarakat. Tak kisah anak sendiri keluar berpeleseran malam-malam, bawa kekasih pulang ke rumah. Jarang sekali kita menjadikan sirah sebagai buku panduan cinta kita. Lihatlah Rasullullah.




Buanglah segala cereka rekaan, tinggal semua novel-novel cinta khayalan... bakar semua pengaruh-pengaruh cinta palsu ini. Bukannya Islam tidak memberikan alternatif untuk bercinta, cuma kita yang malas mencarinya. Bertambah cinta rosak dan busuk, tidak harus menjadikan anda terikut-ikut sehingga menjadikan cinta anda turut rosak dan memualkan.




*Sucikan CINTA bersihkan HATI



Sesiapa pun yang anda cintai itu, biar kecintaan anda kepada Allah tetap mengatasi dia. Jangan menjadi buta kerana cinta. Seseorang itu, bila hatinya telah penuh dengan cinta... dia tidak nampak untuk bersyukur kepada Allah yang menetapkan pertemuan. Bila sudah terlalu mengagumi, terlalu menyayangi dan mengingati kekasih hati, jiwanya longgar kepada banyak perkara.



Letakkan heiraki kecintaan anda yang tertinggi kepada Allah. Rasullullah s.a.w sendiri paling mencintai Aisyah r.h. tapi kecintaan itu tidak dapat menandingi Siti Khadijah. Isteri-isteri baginda yang lain turut dicintai tetapi semua yang dicintainya tidak mampu menandingi cintanya kepada Allah.




"Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih daripada salah seorang penduduk bumi, maka aku akan jadikan Abu Bakar sebagai kekasihku."



Nampakkah anda heiraki cinta junjungan mulia itu?




Tetapkan matlamat anda untuk bercinta. Matlamat yang bagaimana? Matlamat cinta untuk ke gerbang perkahwinan bukan hanya suka-suka. Matlamat untuk Allah redha, Allah pandang dengan rahmat dan kasih sayang.




Perlu beza antara SUKA dan CINTA. Apakah anda benar-benar cinta dia atau hanya sekadar suka. Suka tidak akan kekal lama. Maka bila yang suka itu bukan cinta tinggallah sebuah perhubunga yang sia-sia. Kalau anda tak nampak matlamat dan masa depan anda dalam percintaan itu, lebih baik jangan cuba-cuba bercinta. Takut nanti jiwa merana, tubuh badan binasa. Cinta kita terlalu mahal harganya untuk dibazir sia-sia.



*Kalau ingin bercinta



Tak ada siapa larang anda bercinta. Cinta itu bukan jenayah dan anda bukan pesalah kalau merasakan cinta. Sememangnya perasaan cinta Allah ciptakan menjadi satu dengan manusia. Manusia yang tanpa cinta jadinya tidak lengkap, tidak sempurna tetapi tiada manusia seperti itu. Boleh bercinta tapi perlu jaga batasannya.





Perkara utama ialah tingkatkan keilmuan. Dengan ilmu itulah yang bakal menyelamatkan anda dari jurang kecelakaan. Bukan bermakna anda perlu cari ilmu bila sudah jumpa pasangan yang sesuai... mencari ilmu perlu sepanjang kehidupan. Dengan ilmu itulah yang bakal menyelamatkan kita dan pasangan kita dari terhumban ke neraka, gapai redha Allah. Saya tidak nampak apa-apa masalah tentang cinta... yang bermasalah adalah kita. Manusia.




Kalau ingin bercinta yang sebenarnya, selidik latar belakang si dia. Kalau sudah benar-benar suka, buat istikarah. Jika sudah yakin maka jumpa ibu bapanya, buat cara yang Allah redha. Kalau mahu dating, ajak keluarganya sekali... jangan hanya jumpa berdua. Jangan rasa ia menyekat dan merimaskan tapi mengapa kita perlu jaga? Jawapannya kerana perhubungan itu akan mempengaruhi anak-anak kita yang bakal lahir nanti. Kita mahu anak soleh, yang jaga kita di masa tua tetapi adakah itu bakal ternyata kalau benihnya sendiri asalnya sudah busuk?





~Yang mencorak CINTA adalah KITA~



Belajarlah berkata TIDAK pada cinta yang boleh membawa Allah murka. Kata TIDAK untuk perhubungan yang diharamkan, bergayut di telefon berjam-jam sehingga melekakan, serta angan-angan yang tanpa kesudahan.




Cinta itu bersih, jernih dan putih... jangan kita kotorkannya.



*Sebagai manusia, aku sayang padamu*
@isya_yusrA (^_~)

~Bersihkan hati ~


Agak lama... terbiar sepi tanpa sebarang post. Dihimpit kesibukan maka saya hanya sekadar membuka blog sendiri sekali sekala. Esok lusa, masih dengan agenda dan acara yang tersendiri. Alhamdulillah, hari ini Allah beri kekuatan, beri masa untuk sedikit perkongsian. InsyaAllah.


Berdebar menunggu lusa... hari pembentangan tesis saya.


Tajuk: Pendidikan Alam Sekitar daripada perspektif Islam dengan merujuk kepada bab Thaharah

Masa: 2.15 petang
Tempat: BSJ


Mohon-mohon, ditembakkan doa untuk saya. Juga kawan-kawan saya. Walaupun sebenarnya saya adalah di antara kumpulan terakhir untuk perbentangan. Doa moga dipermudahkan.


Kali ini, sedikit perkongsian mengenai hati. Apa itu hati? Anda boleh baca di post-post yang lepas. Enam perkara. Bagaimana mahu membersihkan hati. Mengapa perlu kita membersihkan hati? Dalam konteks seorang pelajar, hati perlu bersih kerana ilmu Allah tidak akan mudah memasuki hati yang kotor. Segala yang kita belajar... semuanya ilmu hak milik Al-A'lim. Hatta jikalau dibuat perbandingan, ilmu manusia ini hanyalah sekadar setitis air yang jatuh dari celupan laut yang luas. Subhanallah.





1)Duduk dalam majlis ilmu
- Carilah dan duduklah di mana-mana majlis ilmu. Majlis yang mengingatkan kita kepada ALLAH.

2)Banyakkan berzikir dan bertasbih
-Setiap pagi 100 kali dan petang 100 kali

3)Banyakkan berselawat
-100 kali setiap hari

4)Beristiqfar siang dan malam

5)Banyakkan bersedekah

6)Bacalah surah Al-Ikhlas 10 kali setiap pagi.


Mungkin kita melihat kesukaran dalam perlaksanaan cara tersebut. Namun, memetik kata Ustaz Khairul dalam kuliah tafsir;


"kita perlu cari kekuatan dalam diri kita."



Kekuatan apa? Kekuatan rohani. Niat, tulus ikhlas untuk sentiasa mempertingkatkan diri. Mempertingkatkan ibadah.Ia perlu mujahadah. Mujahadah menentang hawa nafsu. Menentang hawa nafsu bermakna menentang diri sendiri. Sakit, pedih dan tersiksa tapi itulah pengorbanan. Ah bukan... ia sebenarnya JIHAD.


InsyaAllah, kita mampu lakukan. Sekadar itu... sedikit dari saya mudah-mudahan bermanfaat.(^_^)

.......................................

~Menjemput ketenangan... singkirkan kegelisahan~

~Ketenangan yang dicari mendamai hati~
~Andai dinanti entah bila kan jadi~
~Perlu dicari menyentuh nubari~


Apakah definisi ketenangan yang sering kita canang-canangkan? Sering kita cari? Orang kata tenang itu bergantung pada hati, ada pula yang kata kalau hidup senang... cukup makan, pakai... itu tenang. Ada pula yang kata tenang bila lihat orang tersayang. Pelbagai versi.


Tapi persamaannya, setiap individu mencari ketenangan. Tidak kira dalam bentuk apa pun tapi ia tetap dicari dan dinanti. Tenang ini satu bentuk keperluan maknawi yang kita tak nampak. Tapi kita perlu. Sangat-sangat perlu. Ada orang yang sudah cukup mewah... kereta besar, rumah bagai mahligai tapi kekayaannya tiada membuat hatinya tenang. Takut andai segala kekayaan itu dicuri orang. Hilang dalam sekelip mata.



Ada orang, punya ramai kawan tapi tak juga hatinya tenang. Sentiasa ada masalah. Asyik ada konflik dan masalah. Ada pula yang kita lihat... naik basikal buruk, rumah buruk, kerja kais pagi makan pagi tapi wajahnya ada aura tersendiri. Bersinar-sinar. Tambah manis dengan senyuman.


Nampakkah? Nilai materi, fizik yang kita lihat bukan penentu kepada hadirnya ketenangan.



Pada suatu masa di zaman rasullullah saw, ada seorang lelaki berjumpa dengan Abdullah bin Mas'ud untuk bertanya cara-cara untuk menghilangkan keresahan. Abdullah bin Mas'ud berkata:


" Bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat.
Pertama ke tempat orang membaca Al- Quran tidak kira kamu ikut membacanya atau sekadar mendengar bacaannya.


Kedua, menghadiri majlis ilmu yang mengingatkanmu kepada Allah dan


ketiga, kamu cari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati.


Jika selepas melakukan semua itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar menukarkan hatimu dengan hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang bukan hatimu"


Lihatlah garis panduan yang diberikan dalam hadith ini dalam usaha kita mencari ketenangan. Namun, berapa orangkah yang melaksanakannya?



Kalau kita tertekan... stress dengan pelajaran, dengan peperiksaan dan segala macam masalah... kebanyakan kita memilih untuk makan, menonton wayang, window shopping dan sebagainya. Sanggup menghabiskan duit asal hati tidak gelisah lagi. Satu perkara yang ingin saya tekankan di sini. Kita mungkin beroleh KEGEMBIRAAN TAPI BUKAN KETENANGAN. Sungguh, kegembiraan yang bersifat sementara, waktu itu sahaja tapi akhirannya???



Adakah ada lagi ketenangan itu?



Kalau kita lihat hadith itu, mencari ketenangan sungguh mudah. Kalau tak mahu ikut, cukup sekadar mendengar orang membaca Al-Quran. Cukup juga sekadar mendengar kuliah ilmu dan bangun malam. Andai tidak juga tenang, minta agar ditukarkan hati. Lihatlah betapa pentingnya hati dalam skala ukur ketenangan. Sampai perlu tukar hati. Bukankah Allah berfirman;

" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang."


Saya pernah satu ketika dulu, entah apa yang rasa rasa pun saya tidak tahu. Bercampur-baur. Ada rasa geram, marah, sedih dan macam-macam lagi bila satu projek yang saya rancang ada orang lain terlebih dahulu yang buat. Memang tiada tenang. Lalu saya ambil keputusan untuk datang awal ke surau. Saya baca Al-Quran, namun rasa yang pelbagai itu masih ada. Tertanya-tanya dalam hati kenapa hingga saya rasa seperti mahu menangis.

Tak lama selepas itu, saya perasan ada seorang sahabat saya membaca Al-Quran di belakang saya. Saya biarkan sahaja sehingga sampai satu ketika saya berhenti untuk ambil nafas dan.... saya dengar di belakang, sahabat saya itu baca 1 ayat;


" Kamu merancang, Allah merancang.
Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik"



Saya, seperti rasa terpukul dari belakang. Pukulan yang terus menghentam hati. Rasa saya sangat lemah, sampai kan terlupa akan hakikat itu. Lihatlah bagaimana Allah memberikan ketenangan itu... bukan sahaja melalui usaha kita tapi kadang-kadang melalui orang-orang di sekeliling. Cuma kita sendiri yang tidak perasan.



Dan sungguh perancangan Allah itu yang terbaik. Bila saya hadir ke majlis tersebut, sambutannya dan keadaannya bukan seperti yang saya jangka. Saya terfikir... kalau projek ini berjalan atas nama organisasi yang saya pimpin mungkin akan memburukkan imejnya. Saya sangat terkesan daripada peristiwa itu. Hingga kini, setiap apa yang berlaku saya katakan pada diri: jangan cepat melatah, mungkin ada hikmah.



Hikmah kejadian kita mungkin tidak nampak pada masa itu tapi di masa hadapan... saya pasti. Tersangat-sangat pasti. Andai kita yakin dengan Allah maka ketenangan itu pasti akan mampir. Mari kita jemput ketenangan dan singkirkan kegelisahan. InsyaAllah. Moga setiap gerak langkah menuju destinasi ketenangan akan mendapat redha dari-Nya.

............................

~Inspirasi Djailuh, Sadik dan Laksamana Sunan~





Teringat.

Saya teringat watak-watak dalam Trilogi Bagaikan Puteri ini. Laksamana Sunan @ Saifuddin, Djailuh dan Sadik. Kepada sesiapa yang telah membaca trilogi ini pasti cukup kenal dengan inspirasi-inspirasi ini. Mungkin 90% daripada pembacanya setuju dengan saya: mereka memberikan impak terhadap kehidupan kita seharian. Seolah mereka hidup. Hidup memberikan inspirasi. Hidup menjanjikan satu penambahbaikan dalam diri walaupun sebenarnya mereka hanya watak khayalan hasil keajaiban buah fikiran Ramlee Awang Murshid (RAM) dan tentunya ilham dari Yang Maha Esa.



Mengapa saya teringat?


Perkaitan. Apakah perkaitan ketiga-tiga individu yang saya sebutkan ini? Kalau saya ceritakan semua umpama saya mengulas novel ini pula. Sudah terlalu lapuk untuk ulasannya kerana RAM sudah muncul dengan 2 novel baru selepas berakhirnya trilogi ini: Hijab Sang Pencinta.



Perkaitan. Perkaitan antara watak-watak ini adalah persahabatan. Ya persahabatan. Semua kita bersahabat dan persahabatan itu diintrepitasikan dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Dan itu yang membezakan persahabatan 'kita' dan 'dia'. Djailuh, Sadik dan Saifuddin: 3 sahabat yang bersahabat kerana Allah. Bersama-sama berjuang menentang mungkar dan sama-sama menyokong tatkala duka dan lara.



Pengorbanan. Elemen penting dalam bersahabat. Umpamanya ketika Sang Laksamana Sunan itu berterus-terang dengan Djailuh bahawa dia tahu Djailuh juga mempunyai perasaan kepada Haryani, Sunan rela berkorban untuk Djailuh. Pengakuan itu membuatkan Djailuh sangat-sangat malu dengan ketulusan hati sahabatnya. Malu yang teramat-amat sangat sehingga dia melarikan diri ke hutan. Di situ dia melepaskan tangisannya. Tangisan keharuan atas ketulusan hati seorang sahabat.



Juga ingatkah dengan Sadik? Sadik yang tidak mahir dalam persilatan, yang tidak punya kekuatan untuk melawan lawan seampuh Ratna Sang Ratu? Tatkala Sang Laksamana itu tidak terdaya melawan kesakitan akibat panahan sihir dan berhadapan dengan mata pedang Sang Ratu... Sadiklah yang berada di hadapannya. Sadiklah yang mempertahankan Saifuddin atas nama kasih dan tekad yang jitu walhal tahu dirinya takkan mampu berbuat demikian. Benar, dengan sekali tepis sahaja, Sadik tersungkur jauh dari Sang Laksamana.



Kala Sang Laksamana bersedih dengan kematian isterinya... siapakah yang dapat menebak hati Laksamana Sunan itu? Jawapannya Sadik. Sadik berkongsi kesedihan dengan Saifuddin dan sentiasa memberi nasihat dan dorongan kepadanya.



Lihatlah inspirasi-inspirasi ini. Memberi pengorbanan yang tiada nilainya untuk sahabatnya. Memang ia hanyalah watak-watak yang dicipta untuk novel ini, tapi keperibadian mereka ini tidak mustahil untuk direalitikan dan dibumikan. Bila teringatkan mereka-mereka ini, saya rasa gugah dan lemah. Sungguh... terasa.



Pengorbanan. Pengorbanan yang menjadikan ukhwah itu indah. Pengorbanan yang berdiri di atas landasan keimanan dan keikhlasan: bermakna kita tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada sahabat kita. Ya, kita korbankan ruang jiwa untuk sahabat kita... memendam ketidakpuashatian hanya dalam hati kerana kita tahu bagaimana penerimaannya. Bagaimana dia akan bersedih dengan penyataan itu. Demi untuk tidak melihatnya bersedih kita pendamkan sahaja. Diam itu emas yang berselindung di sebaliknya kesabaran. Ruang jiwa terkorban.



Kita korbankan wang ringgit, masa dan diri untuk sahabat kita. Mengapa? Kerana dasarnya ukhwah tertinggi itu itsar iaitu melebihkan sahabat daripada diri sendiri manakala ukhwah terendah adalah berlapang dada. Tidak mengharapkan sebarang balasan daripadanya, ikhlas jiwa dan raga kerana sesungguhnya Allah jugalah sebaik-baik pemberi balasan.



Adakah sahabat kita faham perkara yang sama?




Allah, saya malu apabila teringatkan watak-watak ini. Saya tidak mampu menjadi sehebat mereka. Lemah dan gugah, rasa tidak terdaya dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya hidup ini suatu anafora. Pengulangan ujian setiap masa. Ujian tanpa jemu bertamu tanda teguran kasih sayang Allah kepada kita. Seorang ulama pernah menyebut;




" Allah swt tahu manusia ini tidak akan mampu menerima nasihat berupa kata-kata, lalu Dia turunkan ujian dan musibah agar manusia belajar daripadanya..."




Sungguh, pengalaman itu guru terbaik. Memetik kata-kata Ustaz Khairul dalm kuliah tafsir:


" Kita boleh katakan apa-apa sahaja sewaktu dalam keadaan normal. Tapi sewaktu kita diuji, kita tak akan mampu untuk melakukan apa yang kita katakan..."



Terasakah dengan ungkapan itu? Saya, terus-terang...terasa. Amat-amat terasa.


" Tak ape, tenangkan diri dulu. Buat solat sunat dan baca Surah Ar-Rahman, minta pada Allah agar dilembutkan hati dia dan hati kamu. "
Ahmad Zahiruddin.


Allah jugalah yang memegang hati-hati ini dan Dialah juga yang membolak-balikkannya. Tiada pengaduan lain selain dari Allah dan pada-Nya lah tempat berserah diri. Ukhwah yang dibina hanya kepada Allah, bersandarkan iman dan ikhlas.



Djailuh, Sadik dan Saifuddin... inspirasi yang hidup dalam diri saya. Memberi makna mengungkap erti persahabatan yang sebenarnya. Walau gugah walau lemah bukan bermakna penamat bagi segala-galanya. Permulaan baru itu sentiasa ada. Bukankah seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke lubang yang sama untuk kali kedua?



Sahabat... maafkan saya...


*Teruja kerana bakal bertemu lagi dengan Laksamana Sunan dalam Cinta Sufi. Apabila RAM mengatakan dia mengekalkan dialog ' mahukah engkau mendengar tawaranku' dan ' sebagai insan, aku sayang padamu', saya sudah menjangkakan cerita yang hebat dari RAM. Saya sudah terbayang pertarungan hebat antara dua pemegang akidah yang berbeza: percaya pada Allah dan si tunggangan syaitan di dunia. Saya tunggu Cinta Sufi dan semoga Allah panjangkan umur saya sehingga ke hari itu. Aminn...

~Terasing, mengasing @ diasingkan?


Teman: 1+1+1+1+1+1+1=1
kenape x 6 ek?

Sahabat: ntah la

Kawan : adat dunia

Teman: knape?
ape yd adat dunia?

Kawan: huhuhu
sejauh mana pn kita,tp at last,pergantungan perlu pada dr sendiri ...


Teman: yela.. mengapa begitu?
mengapa bebitu asing
terasing, mengasing @diasingkan??
sila jawab
haa


Kawan: begitu ?

Teman: aha
hihii... taping error maaa
itulah... a bit complecated kan?
bila ramai yg xfhm 2 yg mnyebabkan terasing, mengasing @ diasingkan...


Sahabat: hmm
pandai
amik falsafah ek


Teman: falsafah kehidupan
sume org amik
hihi..


Kawan: kalo persoalan ini pada sy,mengapa begitu asing,terasing,diasing,mengasing-
suma tu perasaan emosi kita ja
perasaan kita y kontrol dr bab tu jd asing,terasing


Teman: 1+1 = 3
pun boley juga
tapi susah nk cari
yg bnyk 1+1+1 tetap 1
kenapa agaknya

Sahabat: yup
dalam bab akidah itu dipanggil hukum akal kan?

Teman: ade gak betulnya 2
tp 1+1=3
itu msuk tasawuf


Sahabat: yup
tp still lagi dalam bab akidah
hukum akal


Kawan: mmg lumrah hdp xleh lari dari emosi up n down
but selg akal blh kwl perasaan
xde istilah tu

Sahabat: aha
cuma nak tambah
akal berteraskan ilmu dan iman


Teman: 2la sebaiknya..
andai emosi itu melebihi akal...
ape jadinya?

Sahabat: emosi melebihi akal
adalah kerana kurangnya iman
jadinya ruang utk iblis
memanah hati manusia lalu membentuk perasaan amarah
menyebabkan akal tiada lagi tepat melalui institusi hati yang telah di panah iblis itu

Teman: hakikatnya iman manusia setipis kulit bawang...
berubah setiap masa
turun dan naik..


Sahabat: itu falsafah
tapi yang sebenarnya
hati yang senipis kulit bawang
kerana hati itu tempat iman dan iblis ini bertapa

Teman: qalb...juga bermaksud berbolak-balik
sering berubah2


Sahabat: aha
itu lah yang sebenar

Teman: diri bersandarkan hati
hati bertahktakan iman


Sahabat: itulah cabangnya

Kawan: so, jgn biarkan emosi menguasai akal yang menyebabkan terasing, mengasing
atau terasing.
kalo pndpt saya, ianya bergantung pada hati, emosi yang menyampaikan maksud
pada akal,lalu membuat tafsiran asing,mengasing,diasing,mengasing.kalo maksud
tu tve,tve la
kalo -ve,-ve la
jadila asing terasing,mengasing diasingkan



Teman: betul jugak tu
hihikhik...
tp biarkan
sejauh mane terasing, mengasing atau diasingkan
Allah xmengasingkan kita

Kawan: sebab tu ALLAH bg kita kesabaran
kalo xda sifat tu dh lama meletup


Teman: betul...
Innallaha ma'as sobirinn. Dalam surah Al-Baqarah juga disebut. Allah itu
sesungguhnya dekat dengan hambanya
.


Kawan: kalau tiada kesabaran,
hari2 sure ad je manusia meletupkan diri
hahahahaha


Teman: ye la
yg nk menembak org pun ade
hihihi



Kawan: igt satu je,kalo sstu bnd tu xdapat or wat,bukan sebab orag xnak kasi,tp allah x
izinkan dia bagi
mb allah xizinkan mereka paham lagi
huhuhuh
semlm bila dpt ayt tu dalam novel,terus jadi sejuk hati
huhuhuhuhu


Teman : betul gak 2
allah mnyusun setiap segala kejadian
mungkin ini yg terbaik
mmbuat kita belajar erti hidup
erti sabar
erti syukur

Sahabat: Sungguh, izin Allah itu yang utama
tapi xbermakna kita hanya perlu menanti buah yang gugur
ada nisbah: nisbah Allah dan nisbah kita
kita kena usaha juga


Teman: Betul...
contohnya macam kita tanam pokok, tapi xsiram xletak baja
hanya mengharap pokok mengeluarkan buah dan bunga yg cantik
bila xada hasil
kita kata Allah xberi izin
tp
usaha kita?
kosong...


Kawan: tu r, that y sy ckp td

Sahabat: betul


Kawan: sejauh mn pn kita,tp pengakhiran kita ttp pada diri sndr
nasihat tok dr sm
huhuhuh

Teman: boleh jadi yg kita xsuka 2 yg tbaik buat kita...dan yg kita suka xsemestinya baik
untuk kita
kan kan
hihi...


Sahabat: hadapi emosi
emosi diri dan orang lain
bertakhtakan iman itu tadi
namun berpandukan ilmu
jika tidak akan sesat
di dunia tidak tahu jalan
di akhirat pun sama


Teman: hmm..betul2..
100% markah..