~Langkah sudah mula~


Langkah saya sudah mula.
Langkah menuju ke mana?


Langkah saya sudah menghampiri jurang paling dalam dan luas. Paling banyak onak dan duri dalam hidup saya sebagai pelajar. Di alam pekerjaan belum lagi. Hihihi...



Tahun akhir... cabarannya lebih. Masa saya rasakan terlalu singkat untuk semester ini. Kerja-kerja yang banyak, laporan dan kerja lapangan membuatkan masa saya terisi dengan maksimum. Sehingga untuk cuti hari raya pun saya seperti tiada hati mahu pulang. Memikirkan kerja-kerja yang belum diselesaikan, cuti jadi menyiksakan.



Tahun akhir juga tahun untuk latihan ilmiah @ tesis. Di bawah seliaan Dr Zuhdi Marsuki, langkah saya telah satu per empat dimulakan. Takut, gementar untuk tesis kali ini. Tajuk tesis saya?...



"Eh, fakulti sains buat tajuk macam tu juga ke?"
"Buat tesis kena guna kitab ke kak?"






Pelik. Teman rasa pelik dengan tajuk tesis saya bila saya katakan saya mahu pinjam kitab daripadanya. Tiada yang pelik. Sains, Islam dan Ilmu... Ia saling berkaitan. Tolong doakan yang terbaik untuk saya dan semoga kajian saya ini ada manfaatnya kepada masyarakat. Doa itu kekuatan dan tatkala gerak langkah saya mula goyah doa itulah penyelamatnya.







Bermula lagi langkah. Langkah menuju ke Bangunan Peperiksaan. Peperiksaan akhir sudah menampakkan sinarnya. Semester ini saya ada 6 kertas yang perlu dijawab. 3 daripadanya untuk subjek major dan 3 daripadanya untuk subjek minor. Minggu ini minggu terakhir pembelajaran dan kertas pertama saya akan bermula 5hb November 2009. Berakhir 18hb November 2009.



Tolong doakan saya ya. Mungkin doa anda lebih makbul dari saya. Siapa tahu. Sudah baca kan post yang lepas? Post " Benarkah yang makbul itu doa kita?". Kita saling mendoakan dan semoga dengan rahmat-Nya, Allah swt redha dengan kita semua. Aminn...


Dalam kesibukan, masih sempat menjadi tukang teknikal untuk Hari Apresiasi Seni dan Sastera PAKK hari ini. Wah... pengalaman baru. Seronok walaupun sangat-sangat nerveous. Tahniah team Dara Merenti, dapat tempat kedua. Kepada pak cik teknikal: jangan lupa ambil saya berkerja nanti ya... dah pakar jaga sound dan peralatan teknikal..Huhu=)


Sesungguhnya ini hanyalah sebahagian daripada langkah-langkah kecil dalam kehidupan ini. Terlalu banyak lagi langkah yang perlu saya aturkan. Langkah ini di antara langkah-langkah permulaan dan saya perlu mengaturnya dengan penuh berhati-hati. Kalau jatuh? Perlu cepat-cepat bangun!!!




Langkah tercipta-UNIC

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengalah
namun jiwaKu berbisik inilah dugaan
Dan langkahku kini terbuka

Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan
setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta


Daku mohon agung kudratMu

Wahai Tuhan Yang Satu

Segalanya dariMu



_download lagu ini di sini_


~Inspirasi Djailuh, Sadik dan Laksamana Sunan~





Teringat.

Saya teringat watak-watak dalam Trilogi Bagaikan Puteri ini. Laksamana Sunan @ Saifuddin, Djailuh dan Sadik. Kepada sesiapa yang telah membaca trilogi ini pasti cukup kenal dengan inspirasi-inspirasi ini. Mungkin 90% daripada pembacanya setuju dengan saya: mereka memberikan impak terhadap kehidupan kita seharian. Seolah mereka hidup. Hidup memberikan inspirasi. Hidup menjanjikan satu penambahbaikan dalam diri walaupun sebenarnya mereka hanya watak khayalan hasil keajaiban buah fikiran Ramlee Awang Murshid (RAM) dan tentunya ilham dari Yang Maha Esa.



Mengapa saya teringat?


Perkaitan. Apakah perkaitan ketiga-tiga individu yang saya sebutkan ini? Kalau saya ceritakan semua umpama saya mengulas novel ini pula. Sudah terlalu lapuk untuk ulasannya kerana RAM sudah muncul dengan 2 novel baru selepas berakhirnya trilogi ini: Hijab Sang Pencinta.



Perkaitan. Perkaitan antara watak-watak ini adalah persahabatan. Ya persahabatan. Semua kita bersahabat dan persahabatan itu diintrepitasikan dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Dan itu yang membezakan persahabatan 'kita' dan 'dia'. Djailuh, Sadik dan Saifuddin: 3 sahabat yang bersahabat kerana Allah. Bersama-sama berjuang menentang mungkar dan sama-sama menyokong tatkala duka dan lara.



Pengorbanan. Elemen penting dalam bersahabat. Umpamanya ketika Sang Laksamana Sunan itu berterus-terang dengan Djailuh bahawa dia tahu Djailuh juga mempunyai perasaan kepada Haryani, Sunan rela berkorban untuk Djailuh. Pengakuan itu membuatkan Djailuh sangat-sangat malu dengan ketulusan hati sahabatnya. Malu yang teramat-amat sangat sehingga dia melarikan diri ke hutan. Di situ dia melepaskan tangisannya. Tangisan keharuan atas ketulusan hati seorang sahabat.



Juga ingatkah dengan Sadik? Sadik yang tidak mahir dalam persilatan, yang tidak punya kekuatan untuk melawan lawan seampuh Ratna Sang Ratu? Tatkala Sang Laksamana itu tidak terdaya melawan kesakitan akibat panahan sihir dan berhadapan dengan mata pedang Sang Ratu... Sadiklah yang berada di hadapannya. Sadiklah yang mempertahankan Saifuddin atas nama kasih dan tekad yang jitu walhal tahu dirinya takkan mampu berbuat demikian. Benar, dengan sekali tepis sahaja, Sadik tersungkur jauh dari Sang Laksamana.



Kala Sang Laksamana bersedih dengan kematian isterinya... siapakah yang dapat menebak hati Laksamana Sunan itu? Jawapannya Sadik. Sadik berkongsi kesedihan dengan Saifuddin dan sentiasa memberi nasihat dan dorongan kepadanya.



Lihatlah inspirasi-inspirasi ini. Memberi pengorbanan yang tiada nilainya untuk sahabatnya. Memang ia hanyalah watak-watak yang dicipta untuk novel ini, tapi keperibadian mereka ini tidak mustahil untuk direalitikan dan dibumikan. Bila teringatkan mereka-mereka ini, saya rasa gugah dan lemah. Sungguh... terasa.



Pengorbanan. Pengorbanan yang menjadikan ukhwah itu indah. Pengorbanan yang berdiri di atas landasan keimanan dan keikhlasan: bermakna kita tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada sahabat kita. Ya, kita korbankan ruang jiwa untuk sahabat kita... memendam ketidakpuashatian hanya dalam hati kerana kita tahu bagaimana penerimaannya. Bagaimana dia akan bersedih dengan penyataan itu. Demi untuk tidak melihatnya bersedih kita pendamkan sahaja. Diam itu emas yang berselindung di sebaliknya kesabaran. Ruang jiwa terkorban.



Kita korbankan wang ringgit, masa dan diri untuk sahabat kita. Mengapa? Kerana dasarnya ukhwah tertinggi itu itsar iaitu melebihkan sahabat daripada diri sendiri manakala ukhwah terendah adalah berlapang dada. Tidak mengharapkan sebarang balasan daripadanya, ikhlas jiwa dan raga kerana sesungguhnya Allah jugalah sebaik-baik pemberi balasan.



Adakah sahabat kita faham perkara yang sama?




Allah, saya malu apabila teringatkan watak-watak ini. Saya tidak mampu menjadi sehebat mereka. Lemah dan gugah, rasa tidak terdaya dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya hidup ini suatu anafora. Pengulangan ujian setiap masa. Ujian tanpa jemu bertamu tanda teguran kasih sayang Allah kepada kita. Seorang ulama pernah menyebut;




" Allah swt tahu manusia ini tidak akan mampu menerima nasihat berupa kata-kata, lalu Dia turunkan ujian dan musibah agar manusia belajar daripadanya..."




Sungguh, pengalaman itu guru terbaik. Memetik kata-kata Ustaz Khairul dalm kuliah tafsir:


" Kita boleh katakan apa-apa sahaja sewaktu dalam keadaan normal. Tapi sewaktu kita diuji, kita tak akan mampu untuk melakukan apa yang kita katakan..."



Terasakah dengan ungkapan itu? Saya, terus-terang...terasa. Amat-amat terasa.


" Tak ape, tenangkan diri dulu. Buat solat sunat dan baca Surah Ar-Rahman, minta pada Allah agar dilembutkan hati dia dan hati kamu. "
Ahmad Zahiruddin.


Allah jugalah yang memegang hati-hati ini dan Dialah juga yang membolak-balikkannya. Tiada pengaduan lain selain dari Allah dan pada-Nya lah tempat berserah diri. Ukhwah yang dibina hanya kepada Allah, bersandarkan iman dan ikhlas.



Djailuh, Sadik dan Saifuddin... inspirasi yang hidup dalam diri saya. Memberi makna mengungkap erti persahabatan yang sebenarnya. Walau gugah walau lemah bukan bermakna penamat bagi segala-galanya. Permulaan baru itu sentiasa ada. Bukankah seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke lubang yang sama untuk kali kedua?



Sahabat... maafkan saya...


*Teruja kerana bakal bertemu lagi dengan Laksamana Sunan dalam Cinta Sufi. Apabila RAM mengatakan dia mengekalkan dialog ' mahukah engkau mendengar tawaranku' dan ' sebagai insan, aku sayang padamu', saya sudah menjangkakan cerita yang hebat dari RAM. Saya sudah terbayang pertarungan hebat antara dua pemegang akidah yang berbeza: percaya pada Allah dan si tunggangan syaitan di dunia. Saya tunggu Cinta Sufi dan semoga Allah panjangkan umur saya sehingga ke hari itu. Aminn...

~ALLAH... Dia sentiasa ADA~



" Sekarang ayah sudah tiada... macam mana? "


" Tuhan ayah kamu ada. Dia hidup dan tidak pernah meninggalkan kita. "


Benar... Allah itu sentiasa ada. Sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. Cuma kita... cuma kita kadang-kadang menafikan keberadaan-Nya. Cuma kita yang kadang-kadang leka dengan kehidupan yang mengasyikkan ini. Hanya mencari Allah sewaktu kita diuji, sewaktu mendapat musibah. Waktu senang, waktu gembira tiada Dia dalam jiwa kita... Mengapa?



Cuba perhatikan dialog di atas. Ayah... adalah tempat penggantungan kita. Dia yang menjaga kita, mencari nafkah untuk membesarkan kita dan tangannya yang kekar itulah yang memujuk anak-anaknya. Dan mungkin dengan tangan itu juga kita mendapat pengajaran berguna sehingga kita menjadi 'manusia'.


Namun, hakikat yang perlu kita tahu, ayah juga makhluk Allah yang bisa diambil kembali pada-Nya. Bayangkan... satu-satunya insan yang kita harap telah pergi selamanya. Tiada tempat bergantung... tiada lagi yang menjaga... lalu kepada siapakah pergantungan itu beralih arah?


Tidak lain dan tidak bukan... hanya pada Allah swt. Allah swt yang sentiasa ada yang sentiasa bersama-sama kita. Harapan, sandaran dan kasih sayang. Tiada pernah sedetik pun Allah swt capahkan dari diri kita ini.


" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. "


Al-Baqarah: 186





" Sunyi... sepi... tiada teman di sisi. Tiada yang mahu mendengar bicara hati ini. "



Lihat, hidup kamu yang sering dikerumuni teman-teman kini tidak berseri lagi. Teman kamu tiada di sisi kamu. Kamu tiada lagi insan untuk bergurau- senda, untuk berkongs rasa. Semuanya tiada. Dapat kamu bayangkan perasaan kamu tika itu?



Namun, saya ingin tekankan sekali lagi. Kalaupun teman kamu yang beribu tiada tinggal satu, kamu masih punya.... ALLAH. Dia sentiasa ada menemani kamu, sentiasa sedia menjadi tempat aduanmu. Ketahuilah, Allah sangat merindui rintahan hamba-hambanya. Segala masalah, segala penat lelah adukan sahaja pada-Nya. Dia Maha Mendengar baik hanya bisikan hatimu. Walaupun kamu ditinggalkan oleh manusia-manusia di bumi ini, namun Allah tidak sekali-kali meninggalkan hamba-hamba-Nya.



Tiada siapa... tapi Allah berserta.


Pernah putus cinta?

Rasakah bagaimana orang yang pernah disayangi dan dicintai berlalu pergi meninggalkan diri?


Sakit, azab... hati rasa tersiat-siat mengenangkan si dia. Namun ada juga yang memujuk jiwa:



" Ala... bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kamu boleh cari yang lain."


Dalam hal ini, logikkah kamu melebihkan 'si bunga' dan 'si kumbang' untuk mengubat lukamu?



Kamu cepat-cepat mencari pengganti, namun sedarkah bahawa seharusnya Allah yang dicari? Cari Allah untuk memuhasabah cintamu, cari Allah untuk menenangkan jiwamu. Bunga dan kumbang bukanlah isu utama jalan penyelesaiannya.



Kadang-kadang kamu rasa... tak dapat lupakan dia. Walau sudah berpisah, namun perasaan cinta masih menebal. Logikkah... kamu masih mencintai dia tapi dia? Dia tidak cinta kamu lagi. Tapi bagaimana dengan ALLAH?



Allah tetap cinta kamu walau kamu penderhaka. Walau kamu tidak pernah membaca kalam-Nya... walau kamu tidak pernah mengucap syukur pada-Nya. Cinta-Nya tetap ada, buktinya dengan nikmat yang tidak pernah putus diberikan kepada kamu. Lihat... Allah sentiasa ada. Sentiasa ada untuk kita.


Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ali-imran:31




Situasi-situasi yang saya beri di atas hanyalah beberapa contoh sahaja. Simbolik, tetapi pesanan yang saya ingin sampaikan adalah sama.



Allah: Dia sentiasa ADA.
Dia tidak pernah melupakan kita. Sekali-kali tidak.

~Tiap-tiap hari subuh dinosaur~

Jadi dinosaur... anda mahukah?

Subuh dinosaur...

Sejak kebelakangan ini, nampaknya 'saya' setiap hari subuh dinosaur. Tapi 'saya' tak pasti pula 'saya' ni dinosaur jenis apa. Adakah Argentinosaurus, Seismosaurus, Ultrasauros, Brachiosaurus, dan Supersaurus? Hmm... 'saya' pun tak kenal bagaimana rupanya dinosaur yang 'saya' sebutkan ni.



'Saya' tahu... solat itu wajib. Tiang agama. Sesiapa yang tidak mendirikan solat bermakna dia meruntuhkan agamanya. 'Saya' tahu juga solat adalah hal pertama yang akan ditanya pada hari kebangkitan nanti. ' Saya' tahu itu... sangat-sangat tahu.



Tapi bagaimana ya? Bukan 'saya' tak mahu bangun untuk solat subuh pada awal waktu. Sungguh... 'saya' sedar waktu azan subuh dilaungkan, 'saya' dengar pergerakan rakan-rakan 'saya' yang bangun mengambil wudhuk... kadang-kadang 'saya' dengar bunyi titisan air orang lain mengambil wudhuk. Bukan 'saya' tidak mahu bangun... tapi saya letih...



Terlalu-terlalu letih!! Banyaknya assignment 'saya'... itu belum kira presentation, projek-projek kolej, projek-projek fakulti, kerja lapangan... banyak. 'Saya' berjaga setiap malam untuk tujuan-tujuan ini. Kerja 'saya' tidak pernah surut. Waktu makan pun sudah tidak menentu. Seperti tiada masa untuk diri sendiri.



Hasilnya... subuh 'saya' subuh dinosour. Kadang-kadang 'saya' terjaga awal, tapi beratnya mata 'saya'... lalu 'saya' sambung tidur semula. Sekejap lagi 'saya' bangunlah. Tapi nampaknya terlajak juga. Pukul 7... pukul 7.30. Setiap hari dalam lingkungan waktu begitu. Jauh sekali hendak mendapat takbiratul u'la... solat jemaah juga 'saya' tak dapat kejar. Hmm... kadang-kadang waktu solat lain juga 'saya' terpaksa kejar. Solat Asar... kadang-kadang pukul 630 petang 'saya' solat. Bagaimana ya... 'saya' letih sekali. Banyak perkara yang perlu 'saya' selesaikan..



"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."



Al-ankabut: 45



'Saya' terfikir juga. Patutkah saya dahulukan urusan-urusan saya tapi dalam masa yang sama 'saya' meringan-ringankan waktu solat. Bukan sengaja. Tapi urusan 'saya' terlalu banyak. Susahnya...



"Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat."



As-syura: 20



Apa salahnya... tinggalkan sebentar urusan duniamu itu. Hidupmu untuk Allah dan mengapa kamu lebihkan urusan-urusan duniawi melebihi ganjaran pasti, yang lebih hebat di akhirat. Muhasabahlah... seperti firman-Nya di ayat di atas, kalau kamu mengharapkan keuntungan di dunia maka tiada bagimu keuntungan di akhirat. Sedarlah... solat itu kewajipanmu. Jangan diringan-ringankan...



*'saya' dalam post ini bukanlah saya... tapi ini percubaan saya dalam penulisan naratif..hihi... tapi saya harap anda faham msg yang ingin saya sampaikan.. Saya agak lemah dalam penulisan naratif, maaf jika ada bunyi2 sumbang. HIHI. Saya mengalu-alukan komen anda...=)

~Terasing, mengasing @ diasingkan?


Teman: 1+1+1+1+1+1+1=1
kenape x 6 ek?

Sahabat: ntah la

Kawan : adat dunia

Teman: knape?
ape yd adat dunia?

Kawan: huhuhu
sejauh mana pn kita,tp at last,pergantungan perlu pada dr sendiri ...


Teman: yela.. mengapa begitu?
mengapa bebitu asing
terasing, mengasing @diasingkan??
sila jawab
haa


Kawan: begitu ?

Teman: aha
hihii... taping error maaa
itulah... a bit complecated kan?
bila ramai yg xfhm 2 yg mnyebabkan terasing, mengasing @ diasingkan...


Sahabat: hmm
pandai
amik falsafah ek


Teman: falsafah kehidupan
sume org amik
hihi..


Kawan: kalo persoalan ini pada sy,mengapa begitu asing,terasing,diasing,mengasing-
suma tu perasaan emosi kita ja
perasaan kita y kontrol dr bab tu jd asing,terasing


Teman: 1+1 = 3
pun boley juga
tapi susah nk cari
yg bnyk 1+1+1 tetap 1
kenapa agaknya

Sahabat: yup
dalam bab akidah itu dipanggil hukum akal kan?

Teman: ade gak betulnya 2
tp 1+1=3
itu msuk tasawuf


Sahabat: yup
tp still lagi dalam bab akidah
hukum akal


Kawan: mmg lumrah hdp xleh lari dari emosi up n down
but selg akal blh kwl perasaan
xde istilah tu

Sahabat: aha
cuma nak tambah
akal berteraskan ilmu dan iman


Teman: 2la sebaiknya..
andai emosi itu melebihi akal...
ape jadinya?

Sahabat: emosi melebihi akal
adalah kerana kurangnya iman
jadinya ruang utk iblis
memanah hati manusia lalu membentuk perasaan amarah
menyebabkan akal tiada lagi tepat melalui institusi hati yang telah di panah iblis itu

Teman: hakikatnya iman manusia setipis kulit bawang...
berubah setiap masa
turun dan naik..


Sahabat: itu falsafah
tapi yang sebenarnya
hati yang senipis kulit bawang
kerana hati itu tempat iman dan iblis ini bertapa

Teman: qalb...juga bermaksud berbolak-balik
sering berubah2


Sahabat: aha
itu lah yang sebenar

Teman: diri bersandarkan hati
hati bertahktakan iman


Sahabat: itulah cabangnya

Kawan: so, jgn biarkan emosi menguasai akal yang menyebabkan terasing, mengasing
atau terasing.
kalo pndpt saya, ianya bergantung pada hati, emosi yang menyampaikan maksud
pada akal,lalu membuat tafsiran asing,mengasing,diasing,mengasing.kalo maksud
tu tve,tve la
kalo -ve,-ve la
jadila asing terasing,mengasing diasingkan



Teman: betul jugak tu
hihikhik...
tp biarkan
sejauh mane terasing, mengasing atau diasingkan
Allah xmengasingkan kita

Kawan: sebab tu ALLAH bg kita kesabaran
kalo xda sifat tu dh lama meletup


Teman: betul...
Innallaha ma'as sobirinn. Dalam surah Al-Baqarah juga disebut. Allah itu
sesungguhnya dekat dengan hambanya
.


Kawan: kalau tiada kesabaran,
hari2 sure ad je manusia meletupkan diri
hahahahaha


Teman: ye la
yg nk menembak org pun ade
hihihi



Kawan: igt satu je,kalo sstu bnd tu xdapat or wat,bukan sebab orag xnak kasi,tp allah x
izinkan dia bagi
mb allah xizinkan mereka paham lagi
huhuhuh
semlm bila dpt ayt tu dalam novel,terus jadi sejuk hati
huhuhuhuhu


Teman : betul gak 2
allah mnyusun setiap segala kejadian
mungkin ini yg terbaik
mmbuat kita belajar erti hidup
erti sabar
erti syukur

Sahabat: Sungguh, izin Allah itu yang utama
tapi xbermakna kita hanya perlu menanti buah yang gugur
ada nisbah: nisbah Allah dan nisbah kita
kita kena usaha juga


Teman: Betul...
contohnya macam kita tanam pokok, tapi xsiram xletak baja
hanya mengharap pokok mengeluarkan buah dan bunga yg cantik
bila xada hasil
kita kata Allah xberi izin
tp
usaha kita?
kosong...


Kawan: tu r, that y sy ckp td

Sahabat: betul


Kawan: sejauh mn pn kita,tp pengakhiran kita ttp pada diri sndr
nasihat tok dr sm
huhuhuh

Teman: boleh jadi yg kita xsuka 2 yg tbaik buat kita...dan yg kita suka xsemestinya baik
untuk kita
kan kan
hihi...


Sahabat: hadapi emosi
emosi diri dan orang lain
bertakhtakan iman itu tadi
namun berpandukan ilmu
jika tidak akan sesat
di dunia tidak tahu jalan
di akhirat pun sama


Teman: hmm..betul2..
100% markah..