~indahnya sedekah~

~Bukan sekadar materi: pertolongan, senyuman dan kata-kata yang baik juga dikira sedekah~



Diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Ahmad:


Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya



"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi"
(kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),





Para malaikat bertanya lagi

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api"
(besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),



Para malaikat kembali bertanya :

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air"
(api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),




Para malaikatpun bertanya kembali

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada iaitu angin"
(air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),




Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi
"Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"




Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,
" Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".


~Tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah~


Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain. Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :




"Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".




Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati-yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia. Ganjaran bersedekah Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.



Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW:




"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".


Al Lail 92 : 5-8


"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".



Al Baqarah (2) : 261




Rasulullah SAW bersabda,

"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah".

Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".







Lihatlah semua... betapa besarnya ganjaran sedekah. Sedekah bukan bermakna banyak, bukan dinilai harga tetapi sekadar kemampuan yang kita ada. Andai tiada wang ringgit, bolehlah disedekahkan pertolongan, doa... mahupun sekadar senyuman. Ianya mudah. Terlalu mudah.







Mengapa kita sukar memberi? Jawapannya mudah. Sifir kehidupan ini... apabila memberi kita akan berasa kurang. Begitulah. Kita rasa harta kita berkurangan jika beri pada orang lain, kita rasa masa kita terbuang jika mengurangkan bebanan orang dengan menghulurkan pertolongan.





Tapi hakikatnya memesong 360 darjah daripada apa yang kita sangkakan...







0 comments:

Post a Comment