~Benarkah yang makbul itu doa kita?~


Selalu berdoa?


Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.



“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!”

Surah Al-Mu’min ayat 60.



Pernah kah anda berdoa dan ALLAH makbulkan doa anda secara langsung, bukan anda minta terus dapat, tetapi maksud saya anda nampak doa anda itu dimakbulkan? Malah bukan sekali dua, tetapi berturut-turut. Anda minta berjaya dalam exam, ALLAH bagi. Anda minta kaya, ALLAH beri. Anda rasa doa anda makbul bukan? Secara tak langsung, anda rasa gembira.




Tapi, tahukah, kemungkinan, apa yang anda dapat itu, bukannya datang daripada doa kamu. Kerana doa kamu tidak makbul sebenarnya. Pernah dalam kehidupan saya, saya berdoa, meminta kepada ALLAH dan saya sering nampak doa saya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.



Saya rasa puas hati. Banyak lagi benda, saya minta kepada ALLAH dan ALLAH bagi. Siapa yang tidak suka? Siapa yang tak rasa istimewa? Saya macam lemas dalam kehebatan saya sendiri ketika itu. Akhirnya, pada satu hari, saya mendapat satu mesej berbentuk cerita daripada seorang yang saya tidak kenal.



Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.



Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.Akhirnya, ALLAH mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin.



Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH.



Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa.



Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:



“ Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”



Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.



Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.Kertas itu tertulis:



“ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”



MasyaALLAH…Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.



Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul. Saya, terasa sungguh bila membaca mesej daripada orang yang tidak saya ketahui itu.



Oh. Saya mula terasa saya adalah Si Abang.Mungkin, bukan doa saya yang makbul. Tetapi doa Ibu Bapa saya yang makbul. Saya mendapat mesej itu selepas mendapat keputusan SPM. Semenjak itu, saya sering berusaha meminta doa daripada orang lain. Paling kurang, apabila saya berdoa, saya akan minta sahabat saya aminkan. Sebab, saya benar-benar terasa bahawa doa orang macam saya, tidak cukup untuk ALLAH makbulkan.



Sebab itu, saya sering meminta pembaca-pembaca menembak doa kepada saya. Sebab itu saya sering menulis, ‘Semoga ALLAH redha dengan kita…’, moga-moga ada pembaca saya yang soleh mengaminkannya dan doanya diterima.



Bila saya berjalan jauh sampai ke Jordan, saya nampak bahawa, perasaan rendah diri ini sememangnya perlu wujud dalam diri. Hal ini kerana, ketika peristiwa Palestin diserang Israel awal tahun 2009, Imam di Masjid Universiti sering mengulang doa ini:



“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”



MasyaALLAH, imam masjid besar di Irbid, seorang yang tekenal rendah diri dan soleh, pun merasakan doanya tidak layak dimakbulkan ALLAH. Tetapi kita, kadang-kadang, bila melihat doa kita makbul, jangan kata kita nak kembalikan keberjayaan makbul doa itu kepada ALLAH, malah kita rasa berbangga pula, seakan-akan kita rasa kita ini seorang dari wali-wali ALLAH.



Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.


“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!”

Surah Al-Mu’min ayat 60.



“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesunggunya AKU amat dekat…”

Surah Al-Baqarah 187.



Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita.



Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.





p/s: Pembaca... sudilah menembak doa untuk saya agar dipermudahkan urusan saya, ditetapkan pilihan serta mampu menyiapkan kerja2 saya... Sungguh terasa lemah sekarang. Hanya doa yang menguatkan. Saya pohon doa kamu....

~Anything For You~



If there were a single sacred rose
On a mountain top that grows
Where nobody ever dares to go
For you I’d climb that mountain high
I would reach up to the sky
If that rose was your desire


Don’t you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
I would do anything
Would do anything
Anything for you


For you, I would sail the seven seas
Walk the deserts in between
Just to bring you anything you need
Nothing could ever be too much
Anything to show my love
‘Cos it gives me strength enough


Don’t you
Don’t you
Don’t you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you


For you I would take on any trial
And I would walk on through the fire
You give me strength enough to face it all
You make me feel invincible


‘Cos I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you


These things are nothing to
All the things you do for me
You are my dream come true


A love I never knew you see
I’d take on a mountain high
Just to see you smile for me
You make me want to be
The very best that I can be


I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you


Bukan untuk mereka yang bergelar 'kekasih'... Liriknya sedikit hiperbola
(ye la... panjat gunung semata-mata untuk sejambak bunga, berlayar ke 7 lautan... kamu sanggupkah?..hihi...)
tapi lihat lagu ini secara positif :-)

Secara personal.. kecintaan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu itu hanya milik Allah. Untuk mengapai cintaNya yang tiada tandingan... InsyaAllah saya sanggup untuk semua itu. Pertaruhkan kudrat, pertaruhkan diri...
Hanya untuk ALLAH.

"For you, I would sail the seven seas
Walk the deserts in between
Just to bring you anything you need
Nothing could ever be too much
Anything to show my love"


‘Cos it gives me strength enough
Don’t you
Don’t you
Don’t you
know that I Would do anything
Would do anything For you
You know that I Would do anything
Would do anything Anything for you

Juga lagu ini khas dari saya untuk insan-insan yang saya sayang dan cinta kerana Allah. Keluarga... sahabat-sahabat...

Uhibbukum fillah.:-)

~Salam Aidilfitri~


Salam untuk semua...


Maaf kerana agak lama saya tidak mengupdate blog ini... Hampir 2 minggu.
Maaf... saya tiada kesempatan. Akhir-akhir Ramadhan ini saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara. Banyak tanggungjawab saya. Alhamdullillah, segalanya berjalan lancar hasil kudrat kurniaan Allah SWT.


Hari ini... saya akan pulang ke kampung. Tak sabar rasanya. Dan yang pastinya di kampung saya juga bakal sibuk. Kakak saya dengan bangganya telah mengorder sejenis kuih dari saya. Itu belum dikira menu2 yang wajib ada di rumah...

(agak-agak berapa patut saya jual? =P)



Doakan saya selamat sampai. Amin...


Di kesempatan yang sempit ini ( saya perlu ulangkaji untuk test petang ini+ berkejar2an untuk mengemas brg dan menyelesaikan beberapa perkara... huhu) saya mengambil kesempatan mengucapkan:


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ringkas... saya tiada idea lagi..hihi.. Maaf ya.



Saya doakan semoga Aidilfitri ini membawa seribu makna buat anda. Moga tarbiah Ramadhan itu akan kekal menjadi urat saraf anda... penguat untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa bertambah keimanannya...



Amin Ya Rabbal A' lamin...

~Akhirnya 'dia' milik saya (^_^)~


~Dalam rahsia ada taktik dan strategi.
Di hujungnya kejutan demi kejutan~





Milik saya... akhirnya saya dapat VT saya!



Dapat?...Hmm kurang tepat. Saya membelinya. Hari ini tercapai hajat saya untuk memiliki VT. Sejak dari gerai FESKUM 09 saya asyik membelek-beleknya sahaja. Mengambil masa berfikir. Beli atau tidak. Akhirnya saya terpaksa akur dengan kira-kira. Tiada budget untuk buku pada waktu itu...huhu...


(saya rasa pemilik gerai tu pun memandang2 saya kerana membelek2 tapi tidak beli...hihi)



Tapi hari ini... saya gembira.. VT milik saya...Yipiii...(^_^).




Kerja saya terlalu banyak sebenarnya. Saya perlu siapkan proposal dan tesis, siapkan slide presentation, report makmal, artikel jurnal ISI ( oh... layakkah bagi seorang amatur seperti saya?=)...), report itu report ini. Wah...tak terkira. Tapi VT ni adalah makanan jiwa saya. Untuk menghilangkan tekanan dan kepenatan, saya suka membaca.



Kadang-kadang mungkin saya menonton cerita atau filem... tapi membaca memberikan saya kepuasan maksimum. Buku yang saya beli semuanya saya sudah survey ceritanya, gaya penulisan penulisnya dan yang terpenting... jalan cerita. Filem atau cerita (saya tonton di laptop saja ye...bukan di panggung wayang...huhu) kadang-kadang membosankan, terlalu perlahan jalan ceritanya dan kadang-kadang tiada pengajaran pun. Sebab itu saya suka baca, baca dan baca.



Jadi bilakah masanya untuk VT? Saya telah tetapkan masa untuk VT iaitu selepas Asar sehingga waktu berbuka. Itupun jika saya ikut. Tapi saya rasa saya akan capai VT bila-bila masa saja bila saya penat buat kerja...




VT, sebuah novel tentang bola keranjang (Volleyball Team). Mencetuskan inspirasi dakwah dalam aspek sukan yang sememangnya dekat dengan hati remaja. Siapa kata bersukan kita tidak boleh menyampaikan Islam? Nak tahu bagaimana... bacalah VT. Tapi, ini VT saya... baca VT kamu. hihi.. (^_^)







Macam kenal je wanita dalam gambar ni. Inilah Dr Amida@ Hamidah Abd Hamid. Turut memberikan komen ni muka pertama novel ini. Pernah berguru dengannya dalam bidang penulisan dan komunikasi saintifik selama 1 semester. Menarik ulasannya di muka pertama... Saya... bila lagi ya nak dapat ulasan sebegitu dari Dr Amida?? Hihi...


Cukup-cukup. Saya perlu mentelaah VT saya pula. Hihihi..
Hilal Asyraf... saya sudah dapat VT... saya tunggu SINERGI pula. Cepat-cepat sikit ya terbitnya...
.....................................

~Rehat-rehat-dan rehat~

Bosankan asyik membaca artikel yang berjela-jela? Pedih terasa mata... terutamanya membaca melalui skrin komputer. Kali ini... kita rehatkan minda kita...huhu. Mari membaca komik. Santai sahaja tapi terselit ayat-ayat Al-Quran dan pengajaran. Sebenarnya saya tercari-cari juga artikel yang sesuai untuk dipostkan sempena Nuzul Al-Quran hari ini... tapi tiada yang menarik perhatian saya. Hmm, takpe lah.. Enjoy yourself!

Keizinan dari tuan rumah@tuan bilik dll...kadang2 kita tak ambil berat juga. Main redah je.


Kurangkan ketawa tapi banyaklah bermuhasabah diri. Ketawa mungkin menceriakan tapi jangan keterlaluan... Bagaimana Rasullullah? Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak melainkan dengan senyuman sahaja. Betul kan?

Saya ingin sekali... anda bagaimana???

Indahnya Islam... perkara sekecil ini pun ada panduannya=)

Anda marah?... Saya rasa cerita ini cukup memberi pengajaran..hihi..

~kembali normal tanpa kelukaan lagi... Alhamdulillah=)~

~Saya terluka~

Luka itu pedih... menyucuk kalbu dan mencedera jiwa. Hati rasa tersiat kerana keterlaluan pedihnya. Itulah hati saya. Hati saya terluka. Terluka bukanlah kerana cinta atau apa tapi terluka dengan kata-kata. Ya, hanya kata-kata. Kata-kata itu ibarat pedang...yang tajamnya bisa membunuh lawan. Hati saya terpancung dek kata-kata itu. Terlalu pedih. Sakit.


Mudahnya manusia menutur kata... tanpa berfikir akan kesannya. Terdorong dek emosi, kita bisa meluahkan apa sahaja.


Terfikirkah kenapa Allah menciptakan mulut itu satu? Mata dan telinga itu dua? Allah menyuruh kita lebih melihat dan mendengar dan mengurangkan percakapan. Hikmahnya tersirat. Kata-kata kita bisa menguris orang lain... bisa menyedihkan orang lain.



Kali ini... selama lebih 2 dekad usia saya, inilah kali kedua seseorang menerbitkan hal itu. Pertama, semasa di sekolah menengah... tapi ia bukan ditujukan kepada saya tetapi sahabat saya. Dia menangis kerana pernyataan itu. Saya mengerti sekarang mengapa dia menangis. Saya mengalami perasaan itu sekarang. Saya mengerti... terlalu mengerti.


Apalah salah saya sehingga dia memandang menembusi dimensi yang lain. Saya hanya meminta satu perkara. Jikalau tidak mahu beri... tak perlu beri tapi janganlah berkata yang bukan-bukan. Pedih... menyucuk-nyucuk. Sebak dada tatkala dia berkata begitu. Dada saya seakan mahu pecah. Sukar saya gambarkan perasaan saya ketika itu. Seperti saya membuat dosa sebesar gunung padanya. Allah... dosa kecil pun saya tidak sanggup menanggung, inikan sebesar gunung. Allahuakhbar...


Tanpa sedar... kadang-kala air jernih itu mengalir juga. Ketika duduk, berjalan berseorangan... walaupun tidak terzahir pada penglihatan tapi hati saya menangis hiba. Ketika saya bertadarus dan terjumpa ayat-ayatNya yang berkaitan dengan perkara tersebut, kolam mata saya akan terus bergenang. Mungkin ada yang melihat saya senyum, ketawa... tapi dasar hati saya hanya Allah yang mengetahui. Pedihnya... hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Sungguh... luka ini terlalu berat untuk saya tanggung.


Kelukaan ini juga menyebabkan saya mengabaikan seseorang. Seseorang yang agak rapat dengan saya. Saya biarkan pesanan-pesanan ringkasnya... saya biarkan panggilan-panggilannya. Maafkan saya. Saya bukan sengaja tapi kelukaan ini menjadikan saya seorang yang sensitif. Saya hanya boleh berbicara dengan orang-orang tertentu sahaja.



"...Dalam bulan Ramadhan ni, Allah beri kita ujian. Kalau kita sabar... kita akan dapat pahala tapi kalau sebaliknya... kita tak dapat apa-apa..."

Hafizuddin Hasni



Benar katanya... sabar itu pengubat jiwa saya. Saya bersabar dengan kata-katanya walaupun saya tahu saya tidak mempunyai kekuatan maksimum. Sabar...itu kemanisan yang berbuahkan syurga.



"...Sabarlah Aisya_Yusra. Marah dia tu tandanya dia........hahaha"
Zahidah Ishak

Ada juga yang menghiburkan hati saya. Masih ada yang sudi membalut luka saya yang terbuka luas itu.. Saya tak mahu menyambung ayat tersebut kerana ayat itu hanya suka-suka. Penghibur hati sendiri di kala duka. Itu sahaja yang saya mampu. Menutup kelukaan dengan kegembiraan. Hipokritkah? Biarkan... Saya hanya mampu buat itu. Sabar dan mencari kegembiraan.



Saya bukanlah pendendam. Saya bukanlah membenci dia. Namun, hati saya terluka dan kelukaan itu pasti mengambil masa untuk sembuh. Entah bila kesembuhan itu akan tiba... saya tidak pasti. Kelukaan itu terlalu pedih untuk saya. Tetapi yang pasti, saya tidak akan biarkan ia hadir dengan sendiri. Saya akan mencarinya. Ya, mencari kesembuhan... dengan kalamullah dan dengan zikirullah. Insyaallah ia akan hadir. Saya pasti itu. Tiada yang menghampakan andai ia melibatkan Allah Yang Maha Kuasa.
.............................

~Emosi kamu... sila kawal sedikit!~


Emosi kamu... sila kawal sedikit!!
Ya... kawallah sedikit. Jangan terlalu mengikut emosi kamu sehingga menguris hati orang lain.



Firman Allah S.W.T. bermaksud:

"Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah.
Mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga
memaafkan kesalahan orang lain"

( Ali Imran: 134 )




Maksud ayat di atas menggambarkan pujian Allah S.W.T. terhadap orang yang bertakwa dan di antara sifat mereka yang disebut dalam ayat di atas ialah berjaya mengawal emosi marah. Rasulullah s.a.w. pernah menimbulkan persoalan kepada para sahabat tentang siapakah manusia yang gagah?.




Lantas dijawab oleh sahabat bahawa manusia yang gagah ialah mereka yang mampu menumbangkan lawannya. Mendengarkan jawapan tersebut, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang gagah ialah mereka yang mampu mengawal perasaan marah dalam dirinya.


(mafhum Hadis)




Bila kamu marah, pernahkah kamu cuba kawal marah kamu? Atau kamu salurkan perasaan marah kamu pada seseorang yang tidak sepatutnya kamu marah. Salah dia tiada pada kamu. Tapi kamu marah dia, seakan dia berbuat dosa besar pada kamu.




Pernah kamu fikir perasaan dia? Cuba kamu fikir perasaan kamu kalau orang lain marah kamu tanpa sebab yang munasabah. Kamu marah bukan? Kamu sakit hati bukan?


Begitu juga dia...




Bila kamu marah, mengapa kamu tidak cuba untuk diam sebentar dan tenggelamkan diri kamu dengan zikrullah? Kenapa kamu tidak beristighfar? Kenapa kamu tidak melakukan sunnah Rasullullah?

Apabila Rasulullah s.a.w. marah dan ketika itu Baginda sedang berdiri, maka Baginda akan duduk. Apabila Baginda sedang duduk, maka Baginda akan berbaring. Maka hilanglah perasaan marahnya.


(mafhum Hadis)


Cuba bayangkan wajah dan tindakan kamu ketika marah. Tentu hodoh dan buruk sekali wajah kamu ketika itu.


Imam al-Ghazali pernah berkata;



" Orang yang marah, keadaannya sama dengan binatang buas. Sebaliknya orang yang tenang keadaannya adalah seumpama nabi-nabi, wali-wali dan ahli hikmat. Oleh itu seseorang yang sedang marah boleh memilih untuk menyerupai binatang buas atau manusia yang terpuji”

Jadi, kenapa kamu memilih untuk marah? Terlalu sukarkah untuk bertenang dan berfikir sebentar. Fikir sebentar dan bertindaklah secara rasional. Jangan kamu marah orang sebarangan. Jangan kamu ungkit-ungkit sebarangan.



Kenapalah kamu memilih untuk marah????


Imam Muhammad bin Ka’ab berkata : Sesiapa yang memiliki tiga perkara, maka sempurnalah keimanannya iaitu :


*Apabila mendapat kesenangan, ia tidak terjebak dalam kebatilan
*Apabila dia marah, kemarahannya tidak menggelincirkannya dari landasa kebenaran
*Apabila dia berkuasa, dia tidak mengambil harta yang bukan haknya



Jadi kamu bagaimana? Bagaimana penanda aras keimanan kamu. Bukan bermakna kamu tak boleh marah. Marahlah... tapi biar marah bersyariat. Jangan marah sebarangan. Jangan hanya ikut kata hati kamu, ikut emosi kamu kala itu.



Emosi kamu... tolonglah kawal sedikit!
..............