~Untukmu wahai Ar-rijal~


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami... Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami ramai tak terkira,


Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zurnuarain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angakatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,

Andai teguran menguris hatimu... ketepikan ia sementara waktu,
Teguhkan dirimu, kuatkan azammu...

Menjadi mujahid yang tidak gentar memburu syahid
Kami rindukan lelaki dulu... acuan madrasah Rasul.


Sedarlah wahai rijal-rijal sekalian, tanggungjawab khalifah terletak di bahumu...
Amanah memakmurkan bumi Allah terpaku di atas jasadmu...
Peranan seruan ke arah yang haq adalah perananmu...


Di manakah asybal (singa-singa) yang dahulunya mengaum di medan jihad?

Bangunlah wahai sahabat-sahabatku, wahai pemuda-pemudaku... Bersama mengorak langkah di medan jihad...


"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka. "

(18:13)
........................................

4 comments:

salam...
Alhamdulilah, ada juga post yang sebegini. terasa juga ana bila membaca entry ni. zaman sekarang, untuk mencari lelaki yang disebutkan itu, amat kecil sekali bilangannya. ini kerana, secara tidak langsung bilangan lelaki berbanding wanita itu sendiri di dunia mutakhir ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan bilangan wanita. apatah lagi untuk mencari rijal mujahid di jalan Allah.

Bangkitlah dan berjuanglah!
pesanan untuk diri sendiri dan dan juga rijal.

 

salam kembali terbitanmukmin...

bukan bezanya bilangan lelaki dan wanita yg perlu kita ambil kira...tp yg menjadi keutamaan adalah kemahuan dan keazaman ar-rijal itu untuk menjadi yg terbaik.Ingat! Allah tidak melihat kepada hasil tp Allah memandang kpd usaha kita.

Sekarang tiada lagi jihad membawa pedang tetapi jhadlah dlm meningkatkan kualiti diri. Belajar dari madrasah Rasul... contohilah 313 pemuda-pemuda BADAR.Lihat bagaimana tiada gentarnya mereka dlm mburu syahid sejati.

Rijal dan nisa: kedua2nya bperanan untuk mngembalikan kgemilangan islam. Insyaallah, saya akan postkan sesuatu untuk An-nisa pula selepas ini...
doa2kan =)

 

ermm..betul tu aisya yusra. arrijal dan annisa adalah berperanan dalam kedua2 tanggungjawab yang diperintahkan Allah dalam Al-quran itu.

 

Insyaallah...
doakan diri kita dan kwn2 kita:
semoga mjadi arrijal dan annisa yang taqwanya kpd Allah melebihi segalanya...

Semoga dgn nya kita dpt mnembusi mana2 pintu syurga...
aminn.=)

 

Post a Comment